With the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful
Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bi Kum.
Assalamualaikum warahmatllahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, syukur ana kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya dapat sama-sama pada kali ini menatap dan menghayati isi kandungan BLOG ini. Marilah kita letakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana masih lagi diberikan petunjuk dan dikurniakan nikmat yang paling besar yakni nikmat iman dan Islam.
Ana mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada sesiapa sahaja yang telah bersusah payah mengisi kekosongan blog ini dan sudi memberikan komen tentang kandungan blog ini. Semoga apa yang diusahakan dan dikerjakan mendapat keredhaan daripada Allah. Bi idznillah: insyaAllah.
Posted at 02:17 pm by
Protaz_mansur
Permalink
ApaKah uBaT peNyaKiT dOsA?
Seseorang hendaklah tinggal di kebun iman. Kemudian, ambillah akar-akar niat dan bijirin penyesalan di dalam kebun itu. Ambillah pula daun-daun memperbaiki diri dan azam, taburlah biji warak, buah feqah, dahan-dahan yakin, saripati ikhlas dan kulitnya ijtihad.
Ambillah pula akar-akar tawakal, sempurnakan dengan ikhtibar, minumannya air taubat dan ubat tawadhuk. Ubat-ubat itu hendaklah di ambi oleh hati yang hadir, waspada dan faham. Peganglah taufik, kemudian, ditempatkan di dalam bekas tahkik dan hendaklah dibasuh dengan air mata.
Lepas itu letakkan di dalam periuk harapan, kemudian, nyalakan api rindu di bawahnya sehingga timbullah buih-buih nikmat yang banyak. Setelah masak, tuangkan ia di dalam dulang redha dan kipaslah dengan istighfar.
Dengan demikian, engkau akan mendapat minuman yang sangat jernih, asli dan sedap. Akhirnya, minumlah air itu di tempat yang sunyi yang tak seorang pun melihatnya melainkan Allah SWT. Dengan cara itu, seseorang boleh mengubat dosanya sehingga sembuh dan habis terkikis.
(copy & paste from ar-Raudhah edisi ke-2)

Posted at 09:41 pm by huRul_aIn
Permalink
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu...
Dah lama ana tak updatekan blog nie. may be terlalu sibut dengan tugasan harian=p... terlalu banyak peristiwa yang berlaku beberapa hari nie.. ada yg menggembiarakan dan ada juga yang menyedihkan... itulah lumrah kehidupan sebagai hamba tuhan... diberi ujian untuk menguji ketetapan iman...
Semalam hari jadi kakak ana.. so ana nk ucapkan selamat ari lahir kt dia=p.. and semoga akak sihat n sentiasa dibwh payung rahmat dan keberkatan Allah S.W.T. Sebut pasal kelahiran nie kan... kita sumtimes lupa pada kematian... pasal tuu bila masuk kubur nanti... kubur akan bertanya"hai anak adam.(kita semualah tuu yer) kamu lihat aku hari2.. ttp adakah kamu masih tertipu (dengan dunia)... tidakkah kamu tahu yang aku nie tempat (?) dan tempat yg dagang (kesunyian)" so... kita kena juga beringat ttg kematian.. kata org seimbangkan dunia dan akhirat.. coz ajal tuu boleh tiba bila2 masa jer and tuu semua ujian dari Allah keatas hamba2Nya... so kita kena terima seandainya..
Ana ada event skit yg ana nak kongsi ngan antum2 sume... kat sek... pihak pengurusan sek ana ada buat pilihan raya untuk memilih ahli majlis pewakilan pelajar and hari khamis lepas telah diadakan penamaan calon.. and ana dicalonkan sebagai presiden dan timb. president...he..he..he..(pasal gelak ha?) pastu.. ari ahad nie kenalah buat ucapan skit untuk memancing undi (berpidato skit) semasa perhimpunan pagi... berdebar jugak nak bercakap dpn org ramai.. coz ana tk biasalah.. tapi insyaAllah.. ana akan buat yg terbaik utk sahabat2 ana dan juga sek ana.. pilihan raya akan diadakan pada hari rabu ini.. and selepas ari tuu may be rasa lain skit bila nk ke sek semula... so.. ana harap antum2 sume yg surf blog nie tlg doakan kejayaan ana (tp ana tak kesah sangat pun menang atau kalah)..
Ana dah kebuntuan idea.. tak tahu nak tulis apa lagi... cukuplah utk kali nie.. waakhiran.. semoga sidang pembaca sekalian mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah S.W.T. and sentiasa maju kehadapan demi memperjuangkan agama Islam... insyaAllah.
Together we unite the strenght!!!
Posted at 04:20 am by
Protaz_mansur
Permalink